Barang dan Perkhidmatan yang murah di Pulau Tuba.. sukar di tandingi di tempat lain seluruh Malaysia.

  1. Motor sewa hanya RM20/hari.. sewa yang murah dan motosikal yang masih baru yang boleh dipilih. Lokasi di jeti Pulau Tuba. Sebaik sampai di Pulau Tuba anda boleh pilih mana yang berkenan.
  2. Keropok Lekor Kampung Keda – Lekoshow, Sedap dan murah hanya RM10/bungkus. Tidak keras dan liat walaupun telah sejuk selepas digoreng.
  3. Siput Gayam. Sejenis siput seakan siput Kepah. Banyak di kawasan Telok Puyuh. Harga hanya RM10 untuk 4 kg. Sedap direbus cicah sos atau dibakar atau berbagai jenis masakan. Lagi sedap jika dibuat kerabu.
  4. Laksa dan bihun sup yang terdapat di Kampung2. Antaranya di Kedai INa Karin Kampung Keda . Sedap jika di makan bersama Tea Ais. Perlu cuba jika ke Pulau Tuba, Laksa kuah pekat banyak ikan. dan bihun sup warna kuning sambal warna merah

Kedai makan kampung

Leave a comment